KUALA LUMPUR 20 Dis. – Bagi memperkasa etnik Rohingya dan menambah baik kelangsungan hidup mereka yang tidak diiktiraf sebagai warganegara oleh Myanmar, satu inisiatif dinamakan Projek Rohingya (Projek ‘R’) dilancarkan hari ini. Pengarah Projek ‘R’, Saqib Sheikh berkata, tujuan projek berkenaan dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan peringkat pertama projek yang akan melibatkan pendaftaran 1,000 etnik Rohingya tanpa dokumen di seluruh dunia. “Terdapat kira-kira 3.5 juta rakyat Myanmar berketurunan Rohingya yang tidak ‘bernegara’ di seluruh dunia dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen diri. “Sehubungan itu, projek ini akan menyediakan mereka dengan identiti digital individu dengan menggunakan teknologi ‘blockchain’,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran Projek ‘R’, di sini hari ini. Katanya lagi, dengan menggunakan identiti digital berasaskan ‘blockchain’ warga Rohingya berpeluang memperbaiki keadaan mereka sekali gus memanfaatkan potensi yang ada dalam diri mereka.   This article was published on the UTUSAN website. Click here to view the original article.